Close

iOS 18.2 kini tersedia untuk pengguna iPhone di Malaysia

Apple telah melepaskan kemas kini iOS 18.2 untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, ia hadir dengan pelbagai fungsi menarik, penambahbaikkan sistem operasi dan juga penyelesaian pepijat.

Melalui kemas kini iOS 18.2, ia menawarkan pelbagai fungsi baru seperti antara muka baru untuk aplikasi Mail, perkongsian lokasi item melalui aplikasi Find My, Default Apps dan lain-lain lagi. Kemas kini, ini turut menyelesaikan masalah pada kelemahan kernel yang menyebabkan penamatan sistem secara tiba-tiba.

Selain itu, Apple turut memperkenalkan fungsi Apple Intelligence baru pada iOS 18.2. Antaranya seperti Genmoji, Image Wand, Image Plaground dan juga intergrasi ChatGPT. Namun begitu, fungsi Apple Intelligence hanya tersedia untuk iPhone 15 Pro, 15 Pro dan juga siri iPhone 16.

Untuk siri iPhone 16, fungsi khas iaitu Visual Intelligence turut tersedia membolehkan pengguna melakukan pelbagai perkara seperti membuat carian, menyalin teks, menterjemah teks dan sebagainya. Fungsi khas ini menggunakan butang Camera Control untuk diakses.

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini ke iOS 18.2, anda disarankan untuk melakukan proses backup terlebih dahulu. Untuk mengemaskini pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.

ARTIKEL BERKAITAN