Close

RedMagic 10 Pro tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3999

RedMagic 10 Pro secara rasmi tiba ke pasaran tempatan. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa dan juga kapasiti bateri yang lebih besar.

RedMagic 10 Pro hadir dengan skrin AMOLED BOE Q9+ bersaiz 6.85-inci dengan resolus 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang lebih berkuasa yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDRR5X dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OV50E + 50MP Ultra Lebar OV50D + 2MP Makro. Manakala untuk swafoto, ia dilengkapi dengan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin. Dimuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Peranti ini turut dimuatkan cip permainan khas dari nubia iaitu Red Core R3 yang menjanjikan pengalaman permainan yang lebih baik. Sistem penyejukan turut dipertingkat dengan kipas terbina yang mampu berpusing sehingga 23,000 RPM. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, pembesar suara jenis stereo , Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, IR Blaster dan shoulder triggers 520Hz.

Di Malaysia, RedMagic 10 Pro dijual pada harga bermula RM3999 untuk 12GB + 256GB dan RM4899 untuk 16GB + 512GB. Ditawarkan 3 pilihan warna iaitu ShadowMoonlight, dan Dusk.

Bersempena dengan ketibaannya, RedMagic 10 Pro ditawarkan pada harga promosi iaitu RM3199 untuk 12GB + 256GB dan RM3999 untuk 16GB + 512GB. Bagi yang berminat, peranti ini akan tersedia bermula 12 Disember ini di Shopee, Lazada dan laman rasmi RedMagic.

ARTIKEL BERKAITAN