Astro telah memperkenalkan pelan langganan baru yang dipanggil sebagai Astro One. Pelan langganan adalah lebih fleksible sekaligus membolehkan pengguna mengubah suai pelan dengan lebih mudah.
Pelan Astro One ini ditawarkan dengan 3 pilihan langganan iaitu Entertaiment Pack, Sports Pack dan Epic Pack. Untuk Entertainment Pack, ia ditawarkan pada harga langganan RM49.99 sebulan. Melaluinya, ia menyediakan akses pelbagai rancangan termasuk Signature Astro (Gegar Vaganza), Astro Originals (Project; Exit), rancangan kanak-kanak serta program dari Korea, Cina, India, dan antarabangsa.
Untuk Sports Pack pula, ia ditawarkan pada harga RM99.99 sebulan. Hadir dengan akses hiburan dan juga sukan merangkumi Premier League, Formula 1, MotoGP, NBA dan sebagainya. Selain itu, turut tersedia semua kandungan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
Seterusnya pula adalah Epic Pack, ditawarkan pada harga langganan RM199.99 sebulan. Pelan ini memfokuskan kepada peminat filem dengan akses ke Netflix, Max, Disney+ Hotstar, BBC Player, iQIYI, kandungan kanak-kanak dan pelbagai rancangan hiburan lain. Pelan ini turut mengabungkan kandungan yang tersedia pada Sports Pack dan Entertainment Pack.
Selain itu, setiap pelan ini turut membenarkan pengguna menambah 11 pilihan platform penstriman dan juga saluran tambahan mengikut kepada kesesuain. Pengguna juga boleh menyertakan sekali langganan pelan jalur lebar Astro Fibre, Multiroom dan lain-lain.
Bagi yang berminat, Astro One kini tersedia untuk dilanggan melalui web atau aplikasi My Astro.