Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 17 dengan rekaan yang lebih nipis dan ringan. Model tersebut berkemungkinan akan dikenali sebagai iPhone 17 Air.
Menurut maklumat, iPhone 17 Air mungkin hadir dengan rekaan 2mm lebih nipis berbanding iPhone 16 Pro. Bermaksud, iPhone 17 Air akan mempunyai ketebalan sekitar 6.25mm jika dibandingkan dengan iPhone 16 Pro iaitu 8.25mm.
iPhone 17 Air akan menjadi iPhone paling nipis yang pernah dihasilkan oleh Apple. Sebelum ini, iPhone 6 adalah iPhone paling nipis pernah dihasilkan hanya setebal 6.9mm. Apple akan mengintergrasikan pelbagai komponen untuk menjimatkan ruang dalam iPhone 17 Air.
Dengan penjimatan ruang yang banyak, ia membolehkan Apple menghasilkan iPhone dengan rekaan yang nipis tanpa perlu mengurangkan kapasiti bateri, saiz kamera dan keupayaan skrin. Selain itu, iPhone 17 Air dijangka akan dilengkapi dengan modem yang dibangunkan sendiri oleh Apple.
iPhone 17 Air akan menjadi pengganti kepada model Plus dan diperkenalkan dengan 3 lagi model iaitu iPhone 17, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.