Ketua Pengarah Jabatan pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Datuk Aedy Fadly Ramli menyatakan, mangsa banjir yang menghadapi masalah geran kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) hilang atau rosak tidak perlu membuat penggantian dokumen.
Menurut beliau, mangsa banjir tidak perlu risau berkenaan dengan dokumen tersebut kerana ia boleh diakses melalui aplikasi MyJPJ. Perkara tersebut selaras dengan peralihan perkhidmatan JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya pada masa hadapan.
Berikutan dari itu, pengguna atau mangsa yang terjejas dengan masalah banjir tidak perlu risau berkenaan dengan dokumen tersebut.
Perkara tersebut dikongsi selepas Majlis Perasmian Cawangan JPJ Masjid Tanah yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.