HONOR bakal memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan iaitu HONOR X9c Smart 5G. Peranti ini merupkan versi Lite kepada model HONOR X9c 5G.
Peranti ini turut menawarkan kemampuan dan ketahanan yang hampir sama seperti HONOR X9c 5G. Hadir dengan teknologi Ultra-Tough Triple Defense yang merangkumi drop resistance, water resistance, dan juga scratch resistance.
HONOR X9c Smart 5G dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.8-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 5MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang dipadankan dengan pengecasan pantas 35W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari dan menjalankan sistem operasi Magic OS 8.0 berasaskan Android 14.
Peranti ini turut dilengkapi dengan pelbagai fungsi AI seperti Magic Portal, AI Eraser dan juga Magic Capsule. Yang mana, fungsi tersebut dikuasakan melalui teknologi HONOR Magic AI.
Di Malaysia, HONOR X9c Smart 5G dijual pada harga RM1099 dan ditawarkan dalam 2 pilihan warna iaitu Ocean Cyan dan Moonlight White. Bagi yang berminat, peranti ini boleh mula dibeli bermula 11 Disember ini.