OnePlus mungkin akan memperkenalkan fon saiz mini dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.
Menurut laporan, OnePlus akan memperkenalkan peranti dengan saiz mini melalui siri Ace 5. Peranti ini akan menggunakan skrin bersaiz 6.3-inci dengan resolusi 1.5K. Selain itu, ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite dan kamera utama 50MP Sony IMX906.
Peranti ini akan tampil dengan rekaan kamera berbeza yang disusun secara horizontal. Rekaan kamera ini dikatakan mirip seperti pada peranti Pixel. Bercakap mengenai nama model, peranti ini mungkin akan dikenali sebagai Ace 5 mini atau Ace 5 Pro mini.
Walau bagaimanapun, laporan ini masih terlalu awal untuk diperkatakan. Namun begitu, agak menarik untuk melihat pengeluar mula menawarkan kembali peranti bersaiz kompak.