Close

HONOR Magic7 Pro akan hadir dengan fungsi ‘AI Deepfake Detection’

Peranti andalan HONOR iaitu Magic7 Pro akan tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Lebih menarik, peranti ini akan dilengkapi dengan fungsi AI baru yang dipanggil sebagai ‘Deepfake Detection’.

Fungsi baru ini diperkenalkan untuk mengelakkan penipuan dan manipulasi secara digital melalui Deepfake. Melaluinya, ia akan melakukan pemeriksaan kandungan secara terperinci dalam setiap frame untuk mengenal pasti kecacatan yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia seperti eye contact, image clarity, pencahayaan dan ulangan video dalam masa hanya tiga saat.

Dengan perkara tersebut, fungsi ini dapat mengesan dan membezakan kandungan yang dimanipulasi seterusnya akan memaparkan amaran pada skrin. Selain itu, ketibaan fungsi ini akan dapat menjadikan persekitaran komunikasi yang lebih selamat.

Namun begitu, HONOR Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan juga ketersediaan peranti ini. Kami menjangkakan, maklumat tersebut akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN