Close

Cara mudah untuk lajukan fon Android

Tidak dinafikan, fon Android sememangnya sinomin atau sering dikaitkan dengan masalah ‘lag’ atau lengah masa. Namun begitu, tahukah anda terdapat cara mudah untuk menjadikan fon Android terasa lebih pantas dan lancar.

Cara lajukan fon Android :

  • 1- Pergi ke Settings dan pilih About Phone.
  • 2- Pada About Phone pilih Software Information.
  • 3- Seterusnya, tekan Build number sebanyak 7 kali.
  • 4- Kemudian, pergi ke Settings dan pilih System managment.
  • 5- Pada System management pilih Developer options.
  • 6- Dalam Developer options cari animation scale.
  • 7- Seterusnya, tukar tetapan Window animation scale, Transation animation scale dan animator duration scale dari 1x kepada 0.5x.

Cara atau langkah ini mungkin berbeza mengikut kepada model dan juga pengeluar. Untuk proses ini, kami menggunakan peranti iQOO 12 yang menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15.

ARTIKEL BERKAITAN