Close

Pahang mungkin jadi hab pemasangan dan pembuatan EV

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri iaitu Datuk Mohamad Nizar Najib, menyatakan Pahang mungkin akan menjadi hab bagi pemasangan dan pembuatan kenderaan elektrik (EV) untuk bahagian Pantai Timur.

Menurut beliau, statistik terkini daripada Jabatan Perangakaan memperlihatkan peningkatan ketara dalam penjualan EV pada separuh pertama 2024 iaitu sekitar 10,663 unit EV telah terjual. Sebagai perbandingan, pada tempoh sama 2023 EV hanya terjual sekitar 4409 unit sahaja.

Pada ketika ini, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan telah menjadi pilihan pengeluar EV untuk membina kilang pemasangan dan pembuatan kerana faktor logistik. Berikutan itu, beliau merancang untuk memperkukuhkan logistik seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan membangunkan stesen pengecas EV bernilai RM250 juta.

Bentong dijangka akan menjadi kawasan perintis dengan pembinaan stesen pengecas yang pertama daripada 12 stesen yang akan dibangunakan di kawasan tersebut. Perkara tersebut dimaklumkan ketika menggulung perbahasan Belanjawan Pahang 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN