Close

OnePlus Open 2 tidak akan diperkenalkan pada tahun ini

OnePlus dilaporkan tidak akan memperkenalkan fon lipat baru pada tahun ini iaitu OnePlus Open 2.

Pengurus produk OnePlus Open iaitu Vale G, mengesahkan yang OnePlus Open 2 tidak akan diperkenalkan untuk tahun ini. Menurut beliau, OnePlus tidak merancang untuk menghentikan penawaran fon lipat sebaliknya sedang mempertimbangkan dengan teliti berkenaan langkah seterusnya.

Perubahan ini mungkin sedikit mengejutkan namun ia pendekatan yang tepat bagi OnePlus untuk ketika ini. Penjenamaan semula bukan perkara terbaik untuk OnePlus memandangkan mereka mempunyai identiti yang tersendiri. Berikutan itu, OnePlus perlu melakukan sesuatu yang berbeza dan sesuai dengan penawaran mereka.

Sekiranya, OnePlus Open 2 diperkenalkan ia adalah penjenamaan semula dari model OPPO Find N5. Peranti ini akan hadir dengan rekaan paling nipis di dunia dengan ketebalan kurang daripada 4mm apabila dibuka dan 10mm apabila dilipat. Peranti ini akan menggunakan binaan titanium untuk menawarkan ketahanan yang lebih baik dan menyokong penarafan IPX8.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN