Maybank melalui laman web rasmi mereka mengumumkan aplikasi MAE hanya akan menyokong peranti dengan iOS 14 dan ke atas sahaja bermula 31 Mac 2025.
Bermaksud, peranti yang menjalankan iOS 13 dan ke bawah tidak lagi boleh menggunakan atau tidak lagi menerima kemas kini aplikasi MAE selepas tarikh berikut.
Maybank menyatakan, perubahan tersebut dibuat untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan stabil dalam masa yang sama meningkatkan lagi keselamatan peranti pengguna.
Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh melakukan log masuk Maybank2u melalui browser. Namun begitu, pengguna tidak boleh melakukan sebarang transaksi berikutan ia memerlukan akses aplikasi MAE untuk pengesahan Secure2u.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 atau e-mel di [email protected].