Close

Samsung Galaxy A06 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM699

Samsung Galaxy A06 5G kini tiba secara rasmi ke pasaran tempatan. Merupakan peranti kelas asas pertengahan, hadir dengan sejumlah spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Samsung Galaxy A06 5G hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan resolusi HD+ dan menyokong paparan 90Hz. Dijana dengan cip Mediatek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W. Samsung menyatakan yang peranti ini menyokong 4 tahun kemas kini Android dan 4 tahun kemas kini keselamatan.

Samsung Galaxy A06 5G ditawarkan pada harga RM699 dan boleh didapati melalui pengendali rangkaian utama di Malaysia termasuk CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile, dan YES Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN