Close

HONOR mungkin perkenal Magic7 versi Mini

Peranti bersaiz kompak atau mini kini dilihat semakin popular. vivo boleh dikatakan sebagai pengeluar terawal yang mengembalikan semua peranti kompak melalui vivo X200 Pro Mini.

Terbaru, HONOR dilaporkan sedang membangunkan peranti bersaiz kompak. Peranti tersebut berkemungkinan akan hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci seperti mana vivo X200 Pro Mini. Selain itu, peranti ini mungkin hadir dengan rekaan yang nipis dan juga ringan.

Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai peranti ini. Namun begitu, kita mungkin menjangkakan peranti ini akan dilengkapi dengan spesifikasi andalan seperti siri Magic7 dan akan dikenali sebagai Magic7 Mini.

Selain vivo, beberapa pengeluar lain seperti OPPO dan OnePlus dijangka akan turut memperkenal peranti kompak mereka tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN