Close

Kemas kini One UI 7 akan tersedia bermula April 2025

Samsung kini sedia untuk memperluaskan program beta One UI 7 kepada lebih banyak peranti dan lebih banyak negara.

Pada ketika ini, program beta One UI 7 telah diperluaskan kepada lebih banyak peranti seperti Galaxy Z Fold6, Z Flip6, siri Galaxy S23, siri Galaxy Tab S10 dan Galaxy A55. Semua peranti ini akan mula menerima kemas kini program beta One UI 7 pada akhir bulan ini.

India, Korea, UK dan Amerika Syarikat akan menjadi negara terawal dan akan diperluaskan kepada lebih banyak pasaran dalam masa terdekat. Samsung menyasarkan kemas kini One UI 7 versi stabil akan mula dilepaskan sekitar April 2025. Namun begitu, kemas kini tersebut akan diberikan secara berperingkat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN