vivo secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka V50 pada 13 Mac ini. Perkara tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi vivo.

Seperti yang kita tahu, siri V memfokuskan kepada pengalaman fotografi yang lebih baik melalui kamera Zeiss. Berikutan dari itu, vivo menggunakan tema Zeiss Potrait So Pro untuk pelancaran V50 kali ini.
Untuk siri V kali ini, vivo akan turut menyertakan sistem kamera Zeiss pada model biasa berbanding sebelum ini hanya tersedia untuk versi Pro sahaja. Peranti akan menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar.
Selain itu, vivo akan menawarkan pilihan warna baru untuk V50 iaitu Ancora Red. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi peranti ini. Seperti biasa, perkara tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.