Close

Apple perkenalkan cip M3 Ultra – Cip paling berkuasa untuk Mac setakat ini

Apple secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Apple M3 Ultra. Merupakan cip paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh Apple untuk Mac.

Cip M3 Ultra dibina dengan teknologi UltraFusion dan dilengkapi CPU,GPU dan Neural Engine yang berprestasi tinggi. Apple menyatakan, cip ini 1.5x lebih pantas dari M2 Ultra dan 1.8x lebih pantas dari M1 Ultra.

Dari segi spesifikasi, cip M3 Ultra hadir dengan CPU 32 teras dengan 24 teras prestasi dan 8 teras kecekapan. Untuk prestasi grafik pula, ia hadir dengan GPU 32 teras yang menawarkan kemampuan prestasi dua kali ganda berbanding cip M2 Ultra.

Cip ini turut dimuatkan dengan 32 teras Neural Engine untuk membolehkan ia menyokong atau menjalankan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan (AI) dengan lebih lancar dan pantas. Selain itu, cip ini turut menyokong memori yang lebih besar iaitu sehingga 512GB. Merupakan cip Mac pertama yang menyokong Thunderbolt 5 untuk pemindahan data yang lebih pantas sehingga 120 Gb/s.

Lebih menarik, cip ini mampu menyokong sehingga 8 paparan Pro Display XDR dan mempunyai fungsi keselamatan melalui Secure Enclave. Apple menyatakan, cip M3 Ultra direka untuk tugas yang berat dan juga AI.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN