YouTube secara rasmi memperkenalkan pelan langganan yang lebih mampu milik melalui Premium Lite.

Pelan Premium Lite ini ditawarkan pada harga $7.99 sebulan berbanding $13.99 sebulan untuk YouTube Premium semasa. Perbezaan pelan Premium Lite ini adalah ia tidak akan memaparkan sebarang iklan pada sebahagian video yang ditonton. Namun begitu, iklan akan dipaparkan pada kandungan seperti muzik dan muzik video.
Selain itu, pelan ini tidak menyokong muat turun video dan memainkan video secara latar belakang. Secara asasnya, pelan ini hanya mengurangkan paparan iklan berbanding tanpa pelan langganan atau percuma.
Buat masa ini, pelan ini hanya tersedia untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja. YouTube dijangka akan memperluaskan lagi sokongan pelan ini di beberapa pasaran pada masa akan datang.