Close

Siri vivo X200 diperkenalkan – Guna cip Dimensity 9400, bateri 6000mAh dan kamera 200MP Zeiss

vivo secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu siri X200. Hadir dengan pelbagai peningkatan dan ditawarkan dengan 3 pilihan varian iaitu X200, X200 Pro Mini dan X200 Pro.

vivo X200 Pro

vivo X200 Pro hadir dengan skrin jenis melengkung LTPO OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1260 x 2800. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP(1/1.28″ Sony LYT-8180) + 50MP Ultra Lebar + 200MP Telefoto (ISOCELL HP9 1/1.4”). Kemampuan kamera ini dikuasakan dengan cip pengimejan vivo V3+. Selain itu, lensa Telefoto ini menggunakan Zeiss APO 200MP yang menjanjikan gambar jarak jauh atau dekat menjadi lebih baik dengan kemampuan jarak fokus antara 24mm hingga 135mm. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP.

Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 30W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP69, WiFi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasakan Android 15.

vivo X200 Pro Mini

Buat pertama kalinya vivo menawarkan peranti andalan mereka dalam saiz yang lebih kompak. Hadir dengan skrin jenis rata LTPO OLED bersaiz 6.31-inci dengan resolusi 1216 x 2640. Menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 4500 nits. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9400 dengan konfigurasi 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut dikuasakan dengan cip pengimejan vivo V3+ dan penjenamaan Zeiss. Selain itu, ia turut menyokong teknologi anti-reflektif Zeiss T* yang mengurangkan kesan silau dan menawarkan hasil warna yang lebih tepat.

Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 30W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP69, WiFi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasakan Android 15.

vivo X200

Hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 1280 x 2600. Turut paparan 120Hz dengan kecerahan puncak sehingga 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Kemampuan kamera ini turut dikuasakan dengan cip pengimejan vivo V3+ dan penjenamaan Zeiss.

Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari bawah skrin, Bluetooth 5.4, penarafan IP69, WiFi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasakan Android 15.

Di China, siri vivo X200 dijual pada harga bermula CNY4299 (RM2603) untuk X200, CNY5299 (RM3212) untuk X200 Pro dan CNY4699 (RM2849) untuk X200 Pro Mini. Tidak dapat dipastikan adakah siri vivo X200 akan turut ditawarkan untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN