Sime Darby Motors (SDM) dan BYD secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik baru (EV) untuk pasaran tempatan melalui model BYD M6. Merupakan sebuah MPV dengan 7 tempat duduk dan hadir dengan pelbagai teknologi menarik.
BYD M6 hadir dengan rekaan yang moden dan elegan. Ditawarkan dengan 2 pilihan varian iaitu Standard dan Extended dengan kedua-dua varian ini menggunakan Rear Wheel Drive (RWD).
Untuk varian Standard, ia menghasilkan kuasa 120 kW dan tork 310 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 10.1 saat sahaja. Dimuatkan dengan bateri 55.4 kWh yang mampu bergerak sejauh 420 km. Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC 89 kW.
Manakala untuk varian Extended, ia menghasilkan kuasa 150 kW dan tork 310 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 8.6 saat. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 71.8 kWh yang mampu bergerak sejauh 530 km. Menyokong pengecasan pantas DC 115 kW yang mampu mengecas dari 10% ke 80% hanya dalam masa 40 minit sahaja.
Dari segi keselamatan, BYD M6 hadir dengan pelbagai ciri keselamatan seperti 6 beg udara, Intelligent Cruise Control (ICC), Lane Departures Assist (LDA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD), BYD Intelligent Driving System dan lain-lain. Spesifikasi lain yg turut dibawakan adalah seperti Electric Tailgate, Digital Key NFC, Vehicle to Load dan sebagainya.
Untuk harga jualan, BYD M6 Standard dijual pada harga RM109,800 dan untuk BYD M6 Extended pula adalah RM123,800. Dari segi jaminan, ia didatangkan dengan jaminan selama 6 tahun atau 150,000 km, manakala untuk bateri ia mempunyai jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km.