Close

Cara kawal fon dan tablet anak anda melalui Google Family Link

Google Family Link membolehkan ibu bapa mengawal dan memantau penggunaan fon atau tablet supaya tidak disalah guna oleh anak-anak. Bukan itu sahaja, aplikasi ia turut membolehkan ibu bapa menetapkan pelbagai perkara merangkumi aplikasi yang boleh dipasang, waktu penggunaan, mengesan lokasi peranti dan banyak lagi.

Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi mengenai kawalan yang ditawarkan melalui Google Family Link. Aplikasi ini tersedia untuk peranti Android dan juga iOS, boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store.

Cara pasang Google Family Link :

  • 1- Muat turun aplikasi Google Family Link.
  • 2- Buka aplikasi Google Family Link.
  • 3- Log masuk ke akaun Google.
  • 4- Pilih ‘Yes’ untuk tambah akaun anak ke dalam Family Link.
  • 5- Seterusnya, ikut arahan untuk tambah akaun ke dalam Family Link.
  • 6- Selepas selesai, nama akan dipaparkan dalam senarai Family Link.

Melalui Google Family Link terdapat pelbagai fungsi yang membolehkan ibu bapa mengawal dan memantau penggunaan fon atau tablet anak-anak. Sekaligus, dapat mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.

Kawalan dan pemantauan tersebut dibahagikan kepada 3 iaitu Highlight, Control dan juga Location. Untuk Highlight, ia memaparkan maklumat seperti aplikasi paling kerap digunakan, aplikasi paling kurang digunakan dan purata waktu penggunaan.

Manakala untuk Control, membolehkan ibu bapa menetapkan had masa skrin untuk setiap peranti atau aplikasi tertentu, tetapkan sekatan kandungan dan menguruskan penggunaan aplikasi. Dan yang terakhir adalah Location, membolehkan anda mengesan lokasi peranti secara masa nyata. Selain itu, ia turut memaparkan maklumat penting lain seperti status bateri dan keupayaan untuk membunyikan peranti.

Terdapat juga fungsi tambahan iaitu pemberitahuan, yang mana ia akan memberi notifikasi apabila anak anda tiba atau meninggalkan destinasi seperti sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN