Perkembangan kercerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau dijangka akan memberik kesan kepada pekerja di Malaysia dalam tempoh 5 tahun akan datang.
Berdasarkan kepada kajian Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), lebih dari 600,000 pekerja akan terkesan dengan perkembangan tersebut.
Kajian fasa pertama ini melibatkan 10 sektor yang menyumbang kira-kira RM933 billion kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Fasa seterusnya, akan melibatkan 14 lagi sektor yang telah dikenal pasti.
10 sektor tersebut adalah teknologi maklumat dan komunikasi, perkhidmatan perniagaan global, pembuatan farmaseutikal, elektrik dan elektronik, pembuatan dan perkhidmatan makanan, aeroangkasa, perniagaan borong dan runcit, peranti perubatan, tenaga dan kuasa.
Menteri Sumber Manusia iaitu Steven Sim menyatakan, laporan tersebut tidak harus diambil dari sudut negatif sebaliknya dijadikan asas kepada persiapan bagi menghadapi sebarang perkembangan dan perubahan pada masa hadapan.
Laporan kajian ini akan dimasukkan dalam portal MyMAHIR Future Skills Talent Councils bagi membolehkan kerajaan sebagai pembuat dasar untuk melihat kesan AI, digitalisasi dan ekonomi hijau dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang.