Pada acara ‘We, Robot’, Tesla telah memperlihatkan robot humanoid berbentuk manusia yang dikenali sebagai Tesla Optimus Bot.
Menurut Elon Musk, Tesla Optimus Bot mampu melakukan apa sahaja perkara seperti menjaga anak, berjalan dengan anjing dan memotong rumput. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menghidangkan minuman serta boleh bermain batu, gunting dan kertas. Namun begitu, Optimus dilihat hanya mampu menghidangkan satu minuman dalam satu masa sahaja.
Pada acara tersebut, Tesla Optimus Bot turut dilihat mampu menari dengan pelbagai gaya, boleh berinteraksi dan berjalan di antara penonton. Robot humanoid ini akan menjadi produk terbesar yang pernah dihasilkan oleh Tesla.
Tahun lalu, Tesla telahpun memperlihatkan Optimus Gen 2 yang mampu bergerak 30% lebih pantas dan 10 kilogram lebih ringan berbanding versi sebelumnya.
Kos penghasilan Tesla Optimus Bot ini dianggarkan sekitar $20,000 (RM85,000) hingga $30,000 (RM128,000).