Close

TikTok mengesahkan ratusan pekerja diberhentikan di Malaysia

TikTok mengesahkan ratusan pekerja telah diberhentikan di Malaysia. Sekaligus, menjawab persoalan yang dilaporkan sebelum ini.

Namun begitu, TikTok Malaysia tidak mendedahkan jumlah sebenar pekerja yang terjejas disebabkan oleh proses peraturan pekerjaan tempatan yang berbeza-beza di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, jumlah yang terkesan mungkin mencapai ratusan di seluruh dunia.

Perubahan dan perlaksanaan ini adalah sebahagian dari penstrukturan semula syarikat dalam usaha untuk mengukuhkan lagi model operasi global. Pada ketika ini, 80% pengawasan kandungan dibuat oleh teknologi sistem automatik yang dikuasakan oleh AI.

Pada Mei lalu, terdapat laporan menyatakan TikTok merancang untuk mengurangkan sebahagain besar pekerja di peringkat global, memfokuskan bahagian sokongan pengguna, komunikasi, kandungan dan pemasaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN