Close

TikTok berhentikan ratusan pekerja di Malaysia

Platform media sosial yang dimiliki oleh ByteDance iaitu TikTok dilaporkan memberhentikan ratusan pekerja di Malaysia.

Menurut laporan, ratusan pekerja dari bahagian ‘Trust and Safety Regional Operations telah diberhentikan selepas menerima e-mel daripada syarikat tersebut. TikTok dikata menggantikan bahagian tersebut dengan teknologi sistem automatik untuk pengawasan kandungan pada platform mereka.

Teknologi tersebut direka untuk menapis kandungan yang tidak sesuai, berbahaya atau melanggar dasar melalui kecerdasan buatan (AI). Perlaksanaan ini adalah sebahagian dari penstrukturan semula syarikat dan ia dilakukan secara global. Sebagai rekod, ByteDance telah memberhentikan 450 pekerja di Indonesia pada Jun yang lalu.

Buat masa ini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ByteDance berhubung dengan laporan ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN