Pada acara yang sama, Tesla memperlihatkan sebuah lagi kenderaan autonomi mereka iaitu Robovan. Berbeza dari apa yang pernah dihasilkan oleh Tesla dan tampil dengan saiz seperti van atau bas.
Robovan mampu memuatkan 20 orang penumpang dalam sesuatu masa dan boleh digunakan untuk mengangkut barang. Tidak mempunyai stereng dan pedal kawalan serta tidak mempunyai tingkap. Seperti Cybercab, Robovan turut menyokong fungsi swapandu.
Dari segi rekaan, Robovan hadir dengan rekaan yang futuristik dan mempunyai empat barisan kerusi. Terdapat skrin infotainment yang diletakkan pada bahagian dinding hadapan dan menggunakan pintu jenis sliding doors.
Robovan bukan sebuah prototaip tetapi ia adalah pengangkutan awam masa hadapan yang akan ditawarkan oleh Tesla. Namun begitu, tiada maklumat terperinci yang dikongsi mengenai harga jualan dan juga ketersediaan Robovan.
Ia sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Robovan akan mengubah landskap pengangkutan awam pada masa hadapan. Sebelum ini, Tesla telahpun mengumumkan Robotaxi mereka iaitu Cybercab yang dijangka akan tersedia pada 2026 atau 2027.