Close

OPPO Find X8 mini mungkin hadir dengan rekaan yang nipis dan ringan

OPPO dijangka akan memperkenal peranti andalan bersaiz kompak dengan nama Find X8 mini.

Menurut laporan, OPPO akan memperkenalkan peranti kompak melalui model Find X8 mini. Pengenalan model ini dikatakan sebagai pesaing kepada vivo X200 Pro mini. Bukan itu sahaja, peranti ini dikatakan hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 7.2mm iaitu 1mm lebih nipis berbanding X200 Pro mini.

Selain itu, peranti ini dikatakan akan mempunyai berat antara 180 gram hingga 189 gram sahaja. Find X8 mini akan menggunakan skrin jenis rata OLED LTPO bersaiz 6.3-inci dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9400 dan menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.

Pada ketika ini, tiada pengeluar yang menawarkan peranti andalan bersaiz kompak. Peranti ini berkemungkinan akan diperkenalkan bersama dengan OPPO Find X8 Ultra.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN