Close

Xiaomi 15 Ultra akan diperkenalkan pada 27 Februari ini

Xiaomi secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti paling premium iaitu Xiaomi 15 Ultra pada 27 Februari ini di China. Lebih menarik, peranti ini akan turut diperlihatkan di acara MWC 2025 pada 2 Mac ini.

Seiring dengan perkongsian, Xiaomi turut memperlihatkan rekaan Xiaomi 15 Ultra secara rasmi. Hadir dengan rekaan yang hampir sama seperti model sebelumnya namun dengan bonggol kamera yang lebih tebal. Untuk sistem kamera, Xiaomi masih lagi bekerjasama dengan Leica.

Xiaomi 15 Ultra akan dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor 50MP + 50MP + 50MP + 200MP. Kamera ini dijangka akan menawarkan kemampuan yang lebih baik pada imej dan video berbanding model sebelumnya.

Selain itu, turut dapat dilihat Xiaomi 15 Ultra hadir dengan rekaan dwi-tona dengan dua kemasan yang berbeza. Gabungan kemasan tersebut berkemungkinan adalah dari jenis kulit dan juga jenis kaca.

Seperti biasa, maklumat lebih tepat hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN