Close

iPhone 16e dilengkapi dengan 8GB RAM

Seperti yang kita tahu, iPhone 16e telahpun diperkenalkan sebagai pengganti kepada iPhone SE. Namun begitu, terdapat beberapa maklumat yang masih menjadi rahsia seperti jumlah RAM.

Terbaru, iPhone 16e telah disenaraikan di Geekbench sekaligus mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Melalui penyenaraian tersebut, mengesahkan yang iPhone 16e hadir dengan 8GB RAM sama seperti iPhone 16. Dengan konfigurasi RAM lebih besar ia membolehkan iPhone 16e menjalankan Apple Intelligence.

Selain itu, penyenaraian tersebut turut memperlihatkan jumlah skor iPhone 16e iaitu 2706 untuk teras tunggal dan 7942 untuk teras pelbagai. Cip A18 yang digunakan pada iPhone 16e hanya mempunyai 4 teras GPU berbanding 5 teras GPU pada iPhone 16. Selain itu, terdapat penurunan prestasi sekitar 17% pada teras tunggal untuk iPhone 16e berbanding iPhone 16.

Di Malaysia, iPhone 16e dijual pada harga bermula RM2999 untuk 128GB, RM3499 untuk 256GB dan RM4999 untuk 512GB. Bagi yang berminat, iPhone 16e boleh dipra-tempah bermula 21 Februari dengan jualan akan bermula pada 28 Februari ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN