Shopee bakal menaikkan caj yuran komisen kepada penjual. Kenaikkan caj tersebut akan dikenakan bergantung kepada jenis atau kategori produk dan akan berkuat kuasa bermula 6 Mac ini.

Ini bukan kali pertama Shopee menaikkaan caj yuran komisen kepada penjual, tahun lalu Shopee turut melakukan perkara yang sama. Untuk kali ini, kenaikkan caj komisen lebih terarah kepada produk dari kategori fashion dan FMCG.
Namun begitu, caj baru ini hanya akan dikenakan kepada penjual yang telah beroperasi lebih dari 120 hari. Bermula dari tarikh penyenaraian produk pertama penjual di platform Shopee.
Shopee menyatakan, kenaikkan caj komisen ini adalah untuk meningkatkan lagi pengalaman perkhidmatan dan juga fungsi platform. Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, boleh layari laman rasmi Shopee.