Close

Shopee bakal naikkan caj komisen bermula 20 Mac ini

Bermula pada 20 Mac 2024, Shopee bakal menaikkan caj yuran komisen kepada penjual. Kenaikkan caj tersebut akan dikenakan bergantung kepada jenis atau kategori produk.

Namun begitu, caj baru ini hanya akan dikenakan kepada penjual yang telah beroperasi lebih dari 120 hari. Manakala untuk penjual di bawah 120 hari, tiada sebarang caj yuran komisen akan dikenakan. Selain itu, semua barang keperluan seperti makanan ruji, makanan segar dan makanan sejuk beku dikecualikan daripada caj tersebut.

Menurut Shopee, kenaikkan caj ini adalah untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dalam masa yang sama menawarkan fungsi yang lebih baik pada platform mereka. Seiring dengan itu, Shopee turut berkongsi kadar baru untuk caj yuran komisen yang berkuatkuasa bermula 20 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh layari laman rasmi Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN