Close

Cara kongsi ‘roadtax digital’ pada orang lain

Aplikasi MyJPJ membolehkan rakyat memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan dengan lebih mudah secara atas-talian. Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut membolehkan pemilik kenderaan berkongsi Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) melalui fungsi ‘Kongsi LKM’.

Fungsi ini memudahkan pemilik kenderaan untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja memandangkan cukai jalan tidak lagi perlu dilekat pada cermin kenderaan. Selain itu, fungsi ini turut membolehkan pemilik kenderaan menetapkan tempoh masa perkongsian untuk roadtax digital.

Ini cara untuk berkongsi e-LKM melalui aplikasi MyJPJ :

Pemilik e-LKM

  • 1- Buka aplikasi MyJPJ dan pergi ke bahagian ‘Profil’.
  • 2- Tekan pada “Lesen Kenderaan Motor” dan pilih nombor pendaftaraan kenderaan yang ingin dikongsi.
  • 3- Skrol ke bahagian bawah dan pilih ‘Kongsi LKM’.
  • 4- Tekan ‘+’ untuk tambah penerima baru.
  • 5- Masukkan maklumat nombor kad pengenalan penerima dan tempoh perkongsian e-LKM. Kemudian tekan ‘Hantar’.
  • 6- Permohonan berjaya dan kod keselamatan akan dipaparkan. Kod keselamatan perlu diberikan kepada penerima untuk pengaktifan dan sah dalam tempoh 24 jam sahaja.

Penerima e-LKM

  • 1- Buka aplikasi MyJPJ dan pergi ke bahagian ‘Profil’.
  • 2- Pilih ‘Lesen Kenderaan Motor’ dan tekan ‘Jana Semula’.
  • 3- Pada bahagian ‘LKM Dikongsi’, pilih ‘Nombor Pendaftaran Kenderaan’ dan masukkan kod pengaktifan. Kemudian tekan ‘Hantar’.
  • 4- Perkongsian e-LKM berjaya diaktifkan.
  • 5- Penerima kini boleh melihat cukai jalan yang telah dikongsi.

Peringatan, perkongsian e-LKM hanya aktif dalam tempoh yang ditetapkan oleh pemilik kenderaan. Selain itu, pemilik kenderaan boleh mengemas kini tempoh dan menghapuskan perkongsian pada bila-bila masa.

ARTIKEL BERKAITAN