Infinix Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan peranti baru untuk pasaran tempatan melalui siri NOTE 40. Tampil dengan 4 pilihan model iaitu NOTE 40, NOTE 40 Pro 4G, NOTE 40 Pro 5G dan NOTE 40 Pro+ 5G.
Untuk NOTE 40 Pro+ 5G dan NOTE 40 Pro 5G, ia hadir dengan spesifikasi hampir sama. Tampil dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7020 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 8MP + 2MP dan swafoto 32MP.
Perbezaan kedua-dua peranti adalah pada bateri dan teknologi pengecasan. Untuk NOTE 40 Pro+ 5G, ia dimuatkan dengan bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 20W tanpa wayar. Manakala, NOTE 40 Pro 5G menggunakan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.
Untuk NOTE 40 4G dan NOTE 40 Pro 4G pula, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Helio G99 Ultimate yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP OIS + 2MP + 2MP dan swafoto 32MP. Untuk bateri dan pengecasan, NOTE 40 4G dimuatkan dengan bateri 5000mAH dan pengecasan 45W. Manakala, NOTE 40 Pro 4G pula dimuatkan dengan bateri 5000mAH dan pengecasan 70W.
Siri NOTE 40 ini turut dimuatkan dengan pelbagai teknologi dan fungsi menarik seperti cip Cheetah X1 untuk sokongan pengecasan yang lebih baik, Active Halo yang diintergrasikan dengan arahan suara dan pencahayaan. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti NFC, Infrared, penarafan IP53/IP54, pembesar suara JBL dan menjalankan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14.
Malangnya, Infinix Malaysia buat masa ini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan peranti ini. Kita mungkin boleh menjangkakan yang perkara tersebut akan didedahkan dalam terdekat.