Close

Siri vivo X Fold3 akan diperkenalkan pada 26 Mac ini

Telefon lipat yang seterusnya dari vivo iaitu siri X Fold3 dijangka akan diperkenalkan pada 26 Mac ini di China. Perkara tersebut didedahkan selepas poster rasmi pelancaran tertiris dan dikongsi melalui Weibo.

Poster rasmi tersebut turut mengesahkan beberapa maklumat lain mengenai siri vivo X Fold3. Peranti ini akan menggunakan rekaan kamera jenis bulat dengan tetapan tri-kamera. Tidak ketinggalan, ia masih mengekalkan penjenamaan Zeiss seperti pada model sebelumnya.

vivo dijangka akan memperkenalkan 2 pilihan model iaitu X Fold3 dan X Fold3 Pro. Untuk model asas iaitu X Fold3, berkemungkinan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5500mAh dan tiada kamera Periskop. Manakala X Fold3 Pro pula, menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3, bateri 5800mAh dan dilengkapi dengan kamera Periskop.

Siri vivo X Fold3 dijangka akan dilengkapi dengan skrin utama bersaiz 6.53-inci dan skrin kedua bersaiz 8.03-inci. Turut menyokong penarafan IPX4 dan menjalankan sistem operasi Origin OS.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN