Close

Bermaz Auto jadi pengedar rasmi XPeng – XPeng G6 mungkin tiba di Malaysia?

Pengeluar EV dari China iaitu XPeng bakal menawarkan kenderaan elektrik (EV) mereka untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsi oleh Bermaz Auto Berhad selepas dilantik menjadi pengedar rasmi XPeng di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Bermaz tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai model yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Namun begitu, terdapat laporan menyatakan model pertama yang berkemungkinan akan diperkenalkan adalah sebuah SUV iaitu G6.

G6 hadir dalam 2 pilihan varian iaitu motor tunggal pacuan roda belakang (RWD) dan motor berkembar pacuan semua roda (AWD). Untuk RWD, ia menawarkan kuasa 292 hp dan tork 440 Nm dengan jarak gerak 580 km (CLTC). Manakala untuk AWD, ia menawarkan kuasa 480 hp dan tork 660 Nm dengan jarak gerak 755 km (CLTC). Di China, G6 ditawarkan pada harga bermula sekitra CNY209,900 (RM137K).

Untuk pasaran Malaysia, tidak dapat dipastikan berapa harga jualan yang akan diletakkan untuk G6. Kemasukkan satu lagi EV dari China dijangka akan merancakkan lagi industri EV di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN