Close

Acara Google I/O 2024 dijadualkan pada 14 Mei ini

Acara khas persidangan pembangun 2024 iaitu Google I/O 2024 dijadualkan akan berlangsung pada 14 Mei ini 2024. Kebiasaannya, pada acara ini Google akan mengumumkan pelbagai produk dan juga perisian baru.

Seperti tahun sebelumnya, acara ini akan dimulakan dengan sesi ucapan dari CEO Sundar Pichai di Amfiteater Shoreline. Seterusnya, acara tersebut akan beralih kepada pengumuman produk dan perisian baru. Acara kali ini dijangka akan memberi tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI) seperti Gemini dan lain-lain.

Selain itu, Google dijangka akan turut berkongsi maklumat awal mengenai generasi Pixel yang seterusnya iaitu siri Pixel 9, Pixel 8a dan Pixel Fold2. Tidak ketinggalan, maklumat kemas kini Android 15 dan Wear OS dijangka akan turut diumumkan. Kami menjangkakan akan ada kejutan yang akan dilakukan oleh Google pada acara ini.

ARTIKEL BERKAITAN