Close

OPPO Reno11 F 5G tiba di Malaysia dengan harga RM1399

OPPO Malaysia secara rasmi membawakan satu lagi pilihan model di bawah siri Reno11 untuk pasaran tempatan iaitu Reno11 F 5G. Tampil dengan rekaan yang lebih menonjol, spesifikasi yang menarik dan kemampuan kamera yang lebih baik.

Reno11 F 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 1100 nits dan PWM Dimming 2160Hz. Dijana dengan cip Dimensity 7050 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan 67W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro dan Swafoto 32MP. Kedua-dua kamera peranti ini boleh merakam pada resolusi sehingga 4K. Spesifikasi lain yang turut tersedia adalah seperti Bluetooh 5.2, NFC, penarafan IP56 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14 berasaskan Android 14.

Di Malaysia, Reno11 F 5G dijual pada harga RM1399 dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Palm Green, Ocean Blue dan Coral Purple. Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini iaitu 15 hingga 22 Mac. Setiap pra-tempah akan menerima hadiah percuma bernilai RM169.

ARTIKEL BERKAITAN