Close

WhatsApp akan hadir dengan fungsi ‘Status Mention’ – Sama macam Instagram Stories?

WhatsApp bakal membawakan satu lagi fungsi baru iaitu ‘Status Mention’. Fungsi ini membolehkan pengguna menyertakan atau menyeru kenalan dalam kemas kini status.

Berdasarkan dari perkongsian WABetaInfo, memperlihatkan pengguna akan menerima notifikasi sekiranya kenalan menyertakan atau menyeru mereka dalam kemas kini status WhatsApp yang dimuat naik. Fungsi ini dilihat mirip seperti mana yang ditawarkan pada Instagram Stories.

Pengenalan fungsi ini dilihat akan dapat meningkatkan lagi pengalaman penggunaan yang lebih baik dalam masa yang sama dapat menarik perhatian dan mengelakkaan pengguna terlepas pandang mengenai status tersebut.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan fungsi ini akan turut membolehkan pengguna melakukan ‘repost’ seperti pada Instagram Stories atau sebaliknya. Memandangkan fungsi ini masih lagi di fasa pembangunan kita mungkin boleh menjangkakan yang ia akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN