Close

Spesifikasi Xiaomi Mix Fold 4 tertiris – Guna cip Snapdragon 8 Gen 3 dan pengecasan 100W

Telefon lipat Xiaomi yang seterusnya iaitu Mix Fold 4 dijangka akan membawa beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding model sebelumnya.

Terbaru, terdapat laporan mendedahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada Mix Fold 4. Peranti ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan 512GB.

Selain itu, peranti ini akan menggunakan teknologi engsel yang lebih maju dan lebih lasak berbanding model sebelumnya. Lebih menarik, kesan lipatan pada skrin peranti ini dikatakan hampir tiada dan boleh dibuka serta ditutup dengan rapat tanpa sebarang ruang. Peranti ini juga dikatakan lebih ringan dengan berat sekitar 220 gram hingga ke 240 gram.

Kapasiti bateri kini lebih besar iaitu 5000mAh dan turut menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu 100W. Tidak ketinggalan, peranti ini akan menyokong sensor kamera yang lebih baik dan mempunyai penarafan IP54.

Sebelum ini, Xiaomi cenderung untuk memperkenalkan telefon lipat mereka pada bulan Ogos. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan yang Mix Fold 4 berkemungkinan akan diperkenal pada bulan yang sama pada tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN