vivo bakal memperkenalkan dua peranti baru ke pasaran tempatan melalui model Y29 dan Y39. Perkara tersebut dikongsi melalui media sosial rasmi vivo, akan diperkenalkan pada 27 Februari ini.

Seiring denga ketibaannya, vivo telahpun berkongsi spesifikasi penuh peranti ini. Untuk vivo Y29, ia hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.68-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dmuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 44W.

Manakala untuk vivo Y39, hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.68-inci dengan resolusi HD+. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP dan swafoto 8MP. Dmuatkan dengan bateri 6500mAh yang menyokong pengecasan 44W. Kedua-dua peranti ini menjalankan FunTouch OS 15 berasaskan Android 15.
Selain spesifikasi, vivo turut berkongsi harga jualan rasmi untuk vivo Y29 iaitu pada RM799. Namun begitu, harga jualan untuk vivo Y39 masih lagi menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat lebih lanjut mengenai ketersediaan hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.