WhatsApp kini menawarkan fungsi baru iaitu ‘chat theme’. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mengubah suai tema perbualan mengikut citarasa pengguna.
Cara tukar atau ubah ‘chat theme’ :


- 1- Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke ‘Setting’
- 2- Pilih ‘Chat’ kemudian pilih ‘Defaut chat theme’
- 3- Seterusnya, pilih ‘Theme’ dan tekan ‘ Set theme’.
Pengguna turut mempunyai pilihan untuk mengubah suai message colour dan juga wallpaper mengikut citarasa sendiri. Lebih menarik, pengguna boleh memilih tema secara spesifik untuk perbualan tertentu seperti untuk kumpulan, urusan kerja, teman istimewa dan sebagainya.

Fungsi ini telahpun tersedia untuk pengguna Android dan juga iOS. Namun begitu, langkah ini mungkin berbeza untuk peranti iOS. Untuk mencuba fungsi ini, pastikan aplikasi WhatsApp telah dikemas kini kepada yang terbaru.