YouTube dijangka akan menawarkan pakej langganan yang lebih mampu milik untuk pengguna mereka melalui pelan Premium Lite.

Menurut laporan, YouTube akan hadir dengan pakej langganan lebih murah yang akan dikenali sebagai Premium Lite. Pelan ini hadir dengan akses tanpa iklan untuk semua kandungan video di YouTube kecuali muzik video.
Pelan ini dijangka akan dilancarkan di beberapa pasaran seperti Thailand, Australia, Jerman dan Amerika Syarikat. Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai harga langganan dan juga ketibaan pelan ini.
Sebagai rekod, YouTube pernah memperkenalkan pelan Premium Lite pada 2021 di beberapa negara Eropah dengan harga langganan €6.99 (RM32) sebulan. Walau bagaimanapun, pelan tersebut ditamatkan oleh YouTube pada 2023.