Close

Pos Malaysia keluarkan set setem khas dengan tema Pokemon TCG

Pos Malaysia kini menawarkan set setem khas bertemakan Pokemon Trading Card Game (TCG). Seperti namanya, set setem khas ini diinspirasikan dari Pokemon TCG dan ditawarkan dengan beberapa watak popular dari Pokemon.

Set setem khas ini didatangkan dengan 10x setem. 4x poskad, 1x sampul surat cenderhati, 1x Pokemon TCG Fun Pack dan Playmat. Lebih menarik, set khas ini dimuatkan di dalam satu folder atau poster berbentuk Poke Ball.

Untuk setem, ia menampilkan 4 Pokemon generasi pertama iaitu Pikachu, Venusaur, Charizard dan Blastoise serta 5 Pokemon dari generasi terbaru iaitu prigatito, Fuecoco, Quaxly, Koraidon dan Miraidon.

Set setem khas Pokemon TCG ini dijual pada harga RM99. Bagi yang berminat, ia boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan penghantaran akan dibuat bermula 27 Mac 2025.

ARTIKEL BERKAITAN