Selepas menggunakan modem 5G sendiri iaitu Apple C1 pada iPhone 16e. Bukan itu sahaja, Apple dijangka akan turut menggunakan cip WiFi sendiri pada semua model iPhone 17.
Menurut laporan, Apple akan menggunakan cip WiFi yang dibangunkan sendiri pada semua model iPhone 17 yang akan diperkenalkan pada tahun ini. Apple tidak lagi akan menggunakan cip WiFi dari Broadcom yang digunakan pada peranti mereka pada ketika ini.
Dengan menggunakan cip sendiri, Apple akan dapat mengurangkan kos dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan perkakasan dari pengeluar lain. Selain penjimatan kos, Apple dijangka akan dapat meningkatkan keserasian dan prestasi sambungan yang lebih baik antara peranti mereka.

Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan iPhone 17 akan hadir dengan modem 5G dan cip WiFi yang dibangunkan sendiri oleh Apple.