Close

iPhone 15 Pro akan turut menyokong Visual Intelligence melalui Action Button

iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan menyokong fungsi Visual Intelligence melalui Action Button.

Apple mengesahkan yang iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro akan menyokong fungsi Visual Intelligence dengan menggunakan Action Button. Sebelum ini, fungsi tersebut hanya ditawarkan pada siri iPhone 16 melalui butang Camera Control. Namun, perkara tersebut berubah selepas pelancaran iPhone 16e yang menyokong fungsi tersebut melalui Action Button.

Apple akan menawarkan kemas kini untuk sokongan tersebut sekaligus membolehkan pengguna mengaktifkan Visual Intelligence melalui Action Button. Selain itu, Visual Intelligence akan turut boleh diakses melalui Control Center sebagai pilihan sekiranya Action Button digunakan untuk pintasan yang lain.

Buat yang tidak mengetahui, Visual Intelligence membolehkan pengguna membuat carian pantas. Selain itu, fungsi ini turut boleh melakukan pelbagai perkara lain seperti menterjemah teks, menyalin atau meringkaskan teks, mengesan nombor telefon atau e-mel untuk di tambah ke dalam kenalan dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah fungsi ini akan tiba melalui kemas kini iOS 18.4 atau melalui kemas kini yang lebih besar dengan pelbagai fungsi Apple Intelligence baru.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN