Apple secara rasmi memperkenalkan peranti pintar baru mereka iaitu HomeView, hab ekosistem rumah pintar dari Apple yang menggabungkan komunikasi, hiburan dan kawalan rumah pintar dalam satu peranti.

HomeView dilengkapi dengan skrin Liquid Retina bersaiz 17-inci yang menyokong kecerahan puncak sehingga 500 nits. Dikuasakan dengan cip A18 yang menyokong ciri AI baru dan juga Apple Intelligence. Terdapat dua jenis pilihan iaitu HomeView (Desktop) untuk diletakkan di atas meja dan HomeView (Wall Mounted) untuk dipasang pada dinding.

Kedua-dua model dilengkapi dua pemacu audio julat penuh yang terbina dan menyokong Spatial Audio dengan Dolby Atmos. Terdapat juga empat mikrofon terbina yang digunakan untuk arahan suara. Peranti ini juga boleh mengenal pasti bunyi penggera asap dan karbon monoksida untuk keselamatan di rumah.

HomeView dimuatkan dengan kamera 12MP Ultra Lebar yang menyokong fungsi Center Stage. Peranti ini mempunyai keupayaan untuk mengenali sehingga enam pengguna melalui wajah masing-masing. Setiap individu akan mempunyai skrin utama dengan aplikasi dan widget tersendiri serta kandungan peribadi seperti mesej dan kalendar dilindungi daripada pengguna lain.

HomeView menyokong pelbagai perkhidmatan Apple seperti Apple Music, Apple Podcasts, Apple News dan Apple TV, serta aplikasi audio dan video pihak ketiga yang serasi. Selain itu, HomeView turut boleh digunakan sebagai pusat kawalan rumah pintar.

Di beberapa pasaran terpilih, HomeView dijual pada harga bermula sekitar $299 (RM1220). Buat masa ini, tiada maklumat mengenai ketibaan peranti ini ke pasaran tempatan.