Apple turut memperkenalkan Apple TV 4K generasi baru yang dikuasakan dengan cip A19. Tawar peningkatan prestasi yang lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.

Apple TV 4K generasi baru ini menawarkan prestasi CPU 50% lebih pantas dan GPU dua kali ganda lebih laju berbanding cip A15 Bionic. Peningkatan ini sekaligus menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih responsif, animasi lebih lancar dan buka aplikasi yang lebih pantas.

Cip tersebut turut dilengkapi penyahkod AV1 khusus yang membolehkan penstriman video berkualiti tinggi dilakukan dengan lebih cekap. Selain itu, peranti ini turut menyokong siri AI yang membolehkan pengguna mencari kandungan hiburan dengan bahasa perbualan yang lebih semula jadi.

Tidak ketinggalan, alat kawalan Apple TV 4K ini turut hadir dengan butang khas Siri yang membolehkan ia diaktifkan dengan lebih pantas dan menyokong fungsi Find My dengan Precision Finding. Lebih menarik, Apple TV 4K turut hadir dengan sokongan konfigurasi sehingga empat pembesar untuk memberi pengalaman yang audio yang lebih baik.
Di Malaysia, Apple TV 4K generasi baru ini dijual pada harga RM1349 dengan ketersediaannya bermula pada 13 November 2026.