Umum mengetahui, Apple tidak menyertakan fungsi MagSafe pada iPhone 16e. Modem baru Apple iaitu C1 dikatakan sebagai sebab ketiadaan MagSafe pada iPhone 16e.

Terbaru, Apple telah berkongsi mengenai isu tersebut. Menurut Apple, ketiadaan sokongan MagSafe pada iPhone 16e bukan disebabkan oleh modem C1 yang digunakan. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan ketiadaan MagSafe adalah langkah strategik yang diambil oleh Apple.

Apple mula memperkenalkan MagSafe pada tahun 2020 melalui iPhone 12. MagSafe mungkin boleh dikatakan sebagai fungsi wajib pada iPhone sejak 2020. Melaluinya, ia membolehkan pengguna menggunakan pelbagai aksesori yang menyokong fungsi tersebut.
Di Malaysia, iPhone 16e dijual pada harga bermula RM2999 untuk 128GB, RM3499 untuk 256GB dan RM4999 untuk 512GB. Bagi yang berminat, iPhone 16e boleh dipra-tempah bermula 21 Februari dengan jualan akan bermula pada 28 Februari ini.