Close

Nothing mungkin perkenal dua smart glasses dengan integrasi ChatGPT

Nothing dilaporkan merancang untuk memasuki pasaran cermin mata pintar atau smart glasses dengan memperkenalkan dua model berbeza.

Kedua-dua model ini dijangka menawarkan fungsi yang berlainan untuk memenuhi keperluan pengguna. Model pertama akan memfokuskan kepada fungsi audio yang akan menyokong penstriman muzik, panggilan telefon dan boleh berinteraksi dengan pembantu suara pada telefon pintar.

Lebih menarik, model ini dikatakan hadir dengan kanta jenis fotokromik yang akan bertukar menjadi lebih gelap secara automatik apabila terdedah kepada cahaya. Menjadikan ia sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan seperti dalam bangunan atau di luar.

Untuk model kedua, ia dijangka menawarkan fungsi audio yang sama namun hadir dengan kamera terbina bersama keupayaan AI. Antara fungsi yang akan mungkin akan disokong seperti integrasi ChatGPT dan terjemahan bahasa. Kamera tersebut dikatakan boleh digunakan untuk mengambil gambar selain memberikan maklumat visual pada AI berdasarkan kepada persekitaran pengguna.

Pengenalan dua model berbeza ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan, membeli model tanpa kamera atau membeli model dengan kamera.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai rekaan, spesifikasi, bateri, harga dan tarikh ketibaan belum diketahui. Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan smart glasses pertama dari Nothing dijangka tiba pada 2027.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN