Seperti yang kita tahu, iPhone 16e hadir dengan modem yang dibangunkan sendiri oleh Apple iaitu C1. Namun begitu, modem ini tidak diintegrasikan ke dalam cip sebaliknya ia diletakkan secara berasingan.

Terbaru, Apple dilaporkan merancang untuk mengintergrasikan modem buatan sendiri ke dalam cip utama mereka. Bermaksud, modem dari Apple akan dimuatkan ke dalam cip secara terus dan tidak lagi diletakkan secara berasingan. Ketika ini, Modem C1 dikatakan kurang efisien dan tidak menyokong mmWave 5G berikutan ia tidak diintergrasikan dengan cip.
Laporan tersebut turut menyatakan, Apple hanya akan mula mengintergrasikan modem ke dalam cip selepas prestasi modem tersebut berada di tahap yang memuaskan. Modem ini akan diintergrasikan pada cip utama Apple iaitu pada siri Apple A dan Apple M.
Namun begitu, intergrasi modem pada cip ini tidak akan tiba dalam masa terdekat sebaliknya mungkin sekitar 2028. Apple mungkin perlu menunggu sehingga perjanjian dengan Qualcomm tamat iaitu pada 2027 sebelum memperkenalkan modem generasi seterusnya.